Guest House pantai puteri

Selamat Datang ke Ziyad Stellar Guest House Cawangan Pantai Puteri Melaka.
Berkonsepkan mini resort ala kampung dengan keluasan tanah 6000 kaki persegi dilengkapi dengan kolam renang peribadi (private swimming pool) yang besar, ruang tamu yang luas dan ruang halaman yang boleh dijadikan tempat untuk mengadakan pelbagai aktiviti keluarga. Rekabentuknya sangat menarik hasil pengekalan elemen tradisonal dan penambahan elemen moden bagi memenuhi permintaan masakini. Di Ziyad Stellar, kami mengambil berat keperluan ramp bagi memudahkan OKU dan warga emas berkerusi roda.
APA YANG ADA DI PANTAI PUTERI MELAKA? Para nelayan pulang dari laut membawa hasil tangkapan, pangkin tradisonal menjual ikan segar dibuka seawal pagi, gerai makanan dan minuman di bibir pantai, lampu kuning menerangi sekitar pantai, angin bertiup tenang dan pemandangan kapal dagangan di tengah lautan. Tiada lagi semua ini di negeri Melaka kecuali di Pantai Puteri.
Jarak ke Pantai Puteri hanya 1 minit pemanduan. Jarak ke Pantai Klebang hanya 5 minit manakala jarak ke Bandar Melaka kira-kira 20 minit sahaja.
Di sepanjang jalan pantai, banyak pilihan makanan, kueh mueh tradisional dan keperluan barangan juga mudah diperolehi.
Ziyad Stellar Guest House Pantai Puteri cukup sempurna untuk percutian keluarga anda!
Semak Tarikh dan Buat Tempahan Disini
Nota : Untuk Hujung Minggu, Wajib Ambil Pakej 3 Hari 2 Malam (Check In Jumaat & Check Out Ahad)
Yang Disediakan
- 6 Bilik Katil Queen Lengkap Dengan Penghawa Dingin
- Ruang Tamu Rumah Yang Luas Sesuai Untuk Majlis Keluarga
- Kolam Renang Bersaiz Besar Menjanjikan Keseronokan Kanak-kanak & Dewasa
- Kemudahan Laluan Ramp Bagi Orang Kelainan Upaya & Orang Tua Berkerusi Roda
- Pagar Keselamatan Elektrik. Memberi Privasi & Keselamatan Kepada Pengunjung
- Air Panas & Sejuk Cokcuu
- Dapur Gas & Peralatan Memasak
- Menikmati Suasana Meriah BerBBQ Bersama Keluarga
- Kelengkapan Smart TV & Netflix
- Permainan Keluarga Gitar, Congkak & Carom
- Lot Parkir Yang Boleh Menampung Sehingga 10 Buah Kenderaan
- Whiteboard Untuk Perbincangan, Kelas dan Latihan
- Iron, Iron Board, Mesin Basuh & Penyidai Pakaian
- Peti Sejuk Untuk Menyimpan Makanan Basah
- CCTV Menjamin Keselamatan Penghuni