SYARAT & PERATURAN MENGINAP DI ZIYAD STELLAR GUEST HOUSE PANTAI PUTERI MELAKA
Bayaran & Deposit Keselamatan
1. Bayaran penuh wajib dibuat 14 hari sebelum tarikh penginapan berserta deposit keselamatan.
2. Deposit akan dikembalikan dalam tempoh 7 hari bekerja setelah pihak pengurusan membuat semakan kerosakan atau kehilangan atas fasiliti yang disediakan.
3. Deposit akan ditolak mengikut harga yang telah ditetapkan bagi setiap barang dan fasiliti yang rosak atau hilang
4. Deposit juga boleh ditolak atas peraturan dan syarat yang tidak dipatuhi
Check-In & Check-Out
1. Waktu Check-In adalah pada jam 3 petang dan Check-Out jam 12 tengahari
2. Jika Check-out melebihi jam 12 tengahari, penghuni dikenakan caj sebanyak RM50 untuk setiap 30 minit
3. Kita harus memberi laluan yang selesa kepada staf pembersihan dan bakal penghuni yang akan datang.
Merokok
1. Jika anda merokok, anda dilarang keras untuk merokok di dalam keseluruhan kawasan rumah (Bilik, Ruang Tamu, Tandas dan Lain-lain)
2. Jangan buang habuk rokok merata tempat. Gunakan bekas khas untuk buangkan puntung rokok yang disediakan.
3. Denda RM30 melalui pemotongan deposit bagi setiap satu puntung rokok yang dijumpai di atas permukaan halaman.
Memasak & BBQ
1. Penghuni dibenarkan memasak dan membuat BBQ dengan syarat dapur dan ruangan BBQ mestilah dibersihkan semula dengan sempurna
2. Jika ruangan dapur dan BBQ ditinggalkan bersepah dan tidak dikemaskan, pihak kami boleh mengenakan caj pembersihan tambahan sebanyak RM100 melalui penolakan deposit.
Bilangan Penghuni
1. Bilangan penghuni maksimum keseluruhan adalah seramai 35 orang termasuk dewasa dan kanak-kanak.
2. Jika didapati bilangan melebihi kapasiti yang ditetapkan, keseluruhan deposit keselamatan tidak akan dipulangkan
3. Pihak pengurusan akan memantau kemasukan penghuni melalui CCTV
Tempat Letak Kereta
1. Pelanggan mesti menyusun kenderaan di tempat letak kereta dengan cara yang betul supaya tidak menghalang laluan utama.
2. Keselamatan kenderaan yang diletakkan adalah tanggungjawab sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apa-apa bentuk kecurian, kemalangan atau sebarang kerugian.
Keselamatan Penghuni
1. Keselamatan semua penghuni adalah di bawah tanggungjawab sendiri
2. Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian, kecurian, kecederaan atau kematian sebelum, semasa dan selepas menginap di sini
Fasiliti & Kelengkapan
1. Segala kelengkapan dan fasiliti haruslah dijaga dengan baik, tidak dirosakkan dan melakukan pembaziran
Larangan Keras
1. Kami HANYA menerima penghuni yang beragama ISLAM sahaja bagi memastikan kebersihan dan kesucian kawasan ini.
2. Tidak dibenarkan membawa minuman keras dan apa-apa jenis dadah yang menyalahi undang-undang.
3. Tidak dibenarkan melakukan perbuatan ZINA & MAKSIAT ketika berada disini.
4. Tidak dibenarkan membawa makanan yang haram dan najis disisi undang-undang agama Islam
5. Tidak dibenarkan melakukan apa-apa bentuk kesalahan mengikut undang-undang negara ketika berada disini.
6. Jika pihak pengurusan menerima aduan berserta bukti, kami akan laporkan kepada pihak berkuasa.
Segala SYARAT & PERATURAN ditetapkan untuk memberi keselesaan kepada sekelian penghuni yang bakal menghuni disini. Kami percaya penghuni Ziyad Stellar Guest House adalah mereka yang memahami aspirasi dan semangat kami.
